Inilah wajah murid yang bakal menduduki kelas pemulihan saya. Daripada 13 orang murid yang dicalonkan ke kelas pemulihan dari kelas 3A5, hanya 2 orang sahaja perempuan.
記憶力向上に良いと言われているもの♪
-
セレン式TOEICメソッドは最短3か月でTOEIC800点が目指すことができますが、せっかくなら自分でも何かできることをやりたいですよね!
そこで記憶力向上に良いと言われている食べ物についてまとめてみました( *´艸`) […]
投稿 記憶力向上に良いと言われているもの♪ は キャリアアップしたいならセレ...
3 tahun yang lalu
2 ulasan:
walaupun ada prosedur, tetapi sya masih belum dapat menangkap gambaran tentang perjalanan kelas pemulihan..selepas ujian saringan diadakan, adakah ujian diagnostik turut diadakan selepas itu atau selepas proses p&p pemulihan...soalan untuk ujian saringan adakah berbeza untuk murid tahun 2,3 & 4?? sya bertanyakan kerana guru baru posting dan ditugaskan utk mengajar kelas pemulihan...tq..
Saudara/Saudari tanpa nama,
Ujian saringan dibuat untuk memilih murid-murid yang betul-betul layak ke kelas pemulihan. Sayugia diingatkan kadang-kadang guru kelas mencalonkan murid tidak menepati syarat-syarat layak murid ke kelas pemulihan. Sebagai guru pemulihan, tugas kita untuk memilih murid yang betul-betul layak ke kelas pemulihan. Murid yang layak ke kelas pemulihan ialah murid yang tidak dapat menguasai 2M (Menulis dan Membaca) bagi Bahasa Melayu dan ditambah 1M (Mengira) lagi bagi Matematik.
Soalan ujian yang saya buat adalah dibekalkan oleh PPD semasa kursus pemulihan yang saya hadiri. Kelas yang diwajibkan kita ambil ialah murid Tahun 2 dan 3 sahaja. Tahun 4,5 dan 6 diserahkan kepada guru mata pelajaran masing-masing dalam program PROTIM.
Ujian saringan adalah sama sahaja bagi tahun 2 atau tahun 3. Sebab kita hanya mengambil murid yang tidak boleh menulis atau membaca atau mengira sahaja.
Ujian Diagnostik pula dijalankan dengan tujuan untuk
membantu kita mengesan kawasan-kawasan kelemahan
dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara
khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran.
Ianya boleh dijalankan sebelum pengajaran atau selepas pengajaran pemulihan.
Terima kasih kerana berminat dengan kelas pemulihan. Ramai dikalangan guru tidak berminat dengan kelas sebegini disebabkan murid di kelas ini terdiri daripada murid yang iq yang rendah. Kita terpaksa berulangkali mengajar tajuk yang sama kerana murid sebegini ingat-ingat lupa.
Catat Ulasan