Saya membaca akhbar Berita Harian hari ini mengenai berita mangsa GEMPA BUMI yang mencecah kematian sehingga 75,000 orang manakala yang cedera mencecah kepada 25,000 orang di Haiti. Terdetik di hati saya, alangkah bertuahnya berada di MALAYSIA yang dianugerahi ALLAH dengan kesejahteraan dan keamanan, bebas dari BENCANA ALAM yang berat-berat.
TAMBAHAN BERITA (28.01.2010):
Kalau sudah ditakdirkan hidup, terperangkap dalam bangunan yang runtuh pun masih bernyawa lagi.
PANJANG UMUR: Remaja perempuan Haiti, Darlene Etienne diusung anggota penyelamat Perancis untuk dikejarkan ke hospital, awal pagi ini. Beliau ditemui masih hidup selepas selama 15 hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang melanda bandaraya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan