EDITOR

Foto saya
Assalamualaikum..! Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor. Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik. Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama. Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan. Salam hormat dari saya.

Sabtu, 23 Januari 2010

BERITA YANG MELEGAKAN KITA?

Saya mendengar khabar dari kawan-kawan yang mengatakan bahawa elaun COLA akan dimansuhkan pada MAC ini, sementara elaun perumahan akan DIPOTONG SEPARUH. Hati saya berbelah bahagi sama ada nak percaya atau tidak sebab kalau tidak percaya yang berkata itu sudahpun bergelar Haji atau Hajjah. Dari mana mereka dapat berita ini saya pun tidak tahu. Adakah berita ini adalah satu PROPAGANDA pihak tertentu? Saya tidak pasti. Yang pastinya, tunggu pada bulan MAC nanti, kalau betul berita ini maka tidak adalah COLA dan dapat SEPARUHLAH elaun perumahan kita.

Tetapi hati saya LEGA bila membaca petikan berita daripada sebuah blog. Sama ada anda percaya atau tidak, terpulanglah.

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam. MSTAR


January 22, 2010 9:30 PM

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kawe turut lega, lega yg amat apb membaca berita tersebut. cerita asal meme telah tersebar luas dari mulut ke mulut. haji/hajah tersebut mungkin tukang sampaikan apa yg dia dengar. mungkin dia x berniat nak berbohong. walau apapun, smg berita terbaru ini suatu fakta yg menggembirakan kita semua.

bagi kawe, kalu betul terpaksa potong pun, potonglah kat tempat2 lain dulu. bagi perkara2 yg berkaitan dg murid miskin atau keluarga susah spt rmt, projek susu skoloh, sbt, hokni ni biarlah menjadi perkara terakhir utk dipotong, itupun jika kerajaan terpaksa berbuat demikian. ko guano cgu pi kita?

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MALAYSIA...di sini lahirnya sebuah cinta