Pada pagi ini, kelas pemulihan saya dilawati oleh seorang kawan lama saya dari SK. Kemumin dahulu iaitu Cikgu Salmah. Beliau datang bersama suaminya mengunjungi kelas pemulihan saya. Katanya, beliau baru saja dilantik oleh GB sekolahnya supaya mengajar murid pemulihan.
Beliau selama ini mengajar murid kelas biasa yang cerdik. Beliau belum berpengalaman mengajar murid lembab seperti murid pemulihan. Beliau ingin tahu serba sedikit mengenai Kelas Pemulihan.
Tujuan beliau melawati kelas pemulihan saya kerana ingin maklumat lanjut mengenai bagaimana mengajar murid pemulihan, bagaimana cara membuat ringkasan mengajar, bagaimana pula membuat ujian saringan, bagaimana hendak membuat jadual kelas pemulihan, bagaimana menyediakan borang kehadiran kelas pemulihan, bagaimana menyediakan fail-fail kelas pemulihan dan macam-macam perkara yang berkaitan dengan kelas pemulihan.

Saya kagum dengan sikapnya yang ingin tahu mengenai kelas pemulihan. Nampaknya dia bersungguh-sungguh ingin mengajar murid kelas pemulihan kerana jarak antara Kemumin dengan SK. Sri Melor agak jauh juga iaitu lebih daripada 30 km, dia sanggup datang.
Saya memberitahunya sedikit sebanyak pengetahuan yang sedia ada mengenai kelas pemulihan kepadanya. Sebagai rakan sejawat, setakat mana yang boleh kita bantu, kita berikan kerjasama.
Sebenarnya saya bukanlah guru yang boleh diambil contoh. Banyak lagi guru lain yang lebih berkaliber dan molek daripada saya. Yang mana yang molek untuk ditiru, ikutlah tapi yang tak molek tu, janganlah pakai!

Sebagai kenangan di atas kedatangannya, saya sempat mengambil gambar dia bersama suaminya. Izinkan saya paparkan disini untuk pengetahuan rakan-rakan yang lain.
Kepada cikgu Salmah, terima kasih kerana sudi mengunjungi kelas pemulihan saya yang tidak seberapa ini.
1 ulasan:
Kemah Set Kito !!!
Catat Ulasan