EDITOR

Foto saya
Assalamualaikum..! Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor. Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik. Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama. Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan. Salam hormat dari saya.

Khamis, 28 Januari 2010

YAMAHA 125Z SAYA KENA CURI

       Hari ini adalah hari yang paling malang bagi saya. Saya telah kehilangan motosikal malam tadi. Motosikal yang saya parking di garaj kereta di sedari kehilangannya setelah saya mendekati kereta saya semasa hendak datang ke sekolah pagi tadi. Motosikal yang hilang itu ialah motosikal Yamaha 125Z yang dianggarkan bernilai RM5,000.00. Harga pada masa saya mula beli dahulu ialah RM6,350.00.
      Apabila datang ke sekolah, saya meminta izin GB untuk melaporkan kehilangan motosikal saya di Balai Polis Melor. Setelah saya melaporkan di Balai Polis Melor saya juga kena laporkan secara lisan di Balai Polis Pengkalan Chepa. Apa boleh buat, saya terpaksa pergi ke Pengkalan Chepa untuk buat laporan. Kalau di Balai Polis Melor Lans Kopral Azmi yang mencatat laporan saya, di Pengkalan Chepa pula Sjn Rosli yang mecatat laporan lisan saya.
      BUKAN REZEKI SAYA LAGI. Ini ialah gambar motosikal saya yang dicuri itu.


HANYA TINGGAL KENANGAN.
Sebenarnya motosikal ini bukanlah saya yang pakai. Anak lelaki saya yang menggunakannya. Jadi dialah yang paling moyok  bila mengetahui motor ini dicuri. Apa boleh buat, sudah ditakdirkan ia bukan lagi rezekinya.

TAKLIMAT JURULATIH UTAMA PROGRAM LINUS PEMULIHAN

Petang semalam saya dijemput ke Taklimat Jurulatih Utama Program Linus Pemulihan Khas PPD Kota Bharu bagi tahun 2010.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Hj. Amanah b. Derahim, Pegawai PPD Unit Pemulihan Khas dan Sektor Swasta. Dalam mesyuarat tersebut dinyatakan bahawa satu kursus akan dibuat kepada semua guru pemulihan PPD Kota Bharu pada 09 Februari 2010. Kursus itu ialah Kursus Linus Pemulihan. Jurulatih Utama yang telah berkursus harus bersedia untuk memberi penerangan kepada guru-guru pemulihan yang berkursus nanti. Kursus akan dijalankan selama 1 hari bertempat di PPD Kota Bharu. En. Mohamad Najib b. Mohd Lajin diberi tugas untuk menyampaikan kursus.


Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Mohd Najib (SK. Sri Bemban), En. Zainudin (SK. Lundang), En. Zulkilnain (SK. Padang Garong 1), En. Mohd Fadzil (SK. Mentera), Pn. Nik Hafizah (SK. Mentuan), En. Saufi (SK. Sri Melor), En. Mohd Zaki (SK. Kubang Kerian 1), Pn. Rahan (SK. Bunut Payong) dan Pn. Hanisah (SK. Kok Lanas).

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN BADAN IHSAN JPN KELANTAN

Setelah tiga minggu kematian suami, Cikgu Rohani mendapat sumbangan khairat kematian daripada Badan Ihsan JPN Kelantan. Penyampaian cek sebanyak RM1000.00 disampaikan oleh Tuan Guru Besar dalam majlis Mesyuarat Guru di Bilik Wawasan tengah  hari semalam.

Semoga penerimaan sumbangan daripada badan ihsan itu dapat mengembirakan hati cikgu Rohani.

Selasa, 26 Januari 2010

SELAMAT DATANG KEPADA GURU PEMULIHAN SK. KEMUMIN

      Pada pagi ini, kelas pemulihan saya dilawati oleh seorang kawan lama saya dari SK. Kemumin dahulu iaitu Cikgu Salmah. Beliau datang bersama suaminya mengunjungi kelas pemulihan saya. Katanya, beliau baru saja dilantik oleh GB sekolahnya supaya mengajar murid pemulihan.
      Beliau selama ini mengajar murid kelas biasa yang cerdik. Beliau belum berpengalaman mengajar murid lembab seperti murid pemulihan. Beliau ingin tahu serba sedikit mengenai Kelas Pemulihan.
      Tujuan beliau melawati kelas pemulihan saya kerana ingin maklumat lanjut mengenai bagaimana mengajar murid pemulihan, bagaimana cara membuat ringkasan mengajar, bagaimana pula membuat ujian saringan, bagaimana hendak membuat jadual kelas pemulihan, bagaimana menyediakan borang kehadiran kelas pemulihan, bagaimana menyediakan fail-fail kelas pemulihan dan macam-macam perkara yang berkaitan dengan kelas pemulihan.
      Saya kagum dengan sikapnya yang ingin tahu mengenai kelas pemulihan. Nampaknya dia bersungguh-sungguh ingin mengajar murid kelas pemulihan kerana jarak antara Kemumin dengan SK. Sri Melor agak jauh juga iaitu lebih daripada 30 km, dia sanggup datang.
      Saya memberitahunya sedikit sebanyak pengetahuan yang sedia ada mengenai kelas pemulihan kepadanya. Sebagai rakan sejawat, setakat mana yang boleh kita bantu, kita berikan kerjasama.
      Sebenarnya saya bukanlah guru yang boleh diambil contoh. Banyak lagi guru lain yang lebih berkaliber dan molek daripada saya. Yang mana yang molek untuk ditiru, ikutlah tapi yang tak molek tu, janganlah pakai!
Sebagai kenangan di atas kedatangannya, saya sempat mengambil gambar dia bersama suaminya. Izinkan saya paparkan disini untuk pengetahuan rakan-rakan yang lain.

Kepada cikgu Salmah, terima kasih kerana sudi mengunjungi kelas pemulihan saya yang tidak seberapa ini.

Isnin, 25 Januari 2010

WAJAH ANAK DIDIKKU DARI KELAS 2A5

Seramai 13 orang yang dicalonkan untuk ke kelas pemulihan dari kelas 2A5. Saya menerima seadanya calon yang dipilih oleh guru mata pelajaran atau guru kelas. Seramai 12 orang telah saya pilih untuk menjadi anak didik saya kerana seorang murid lagi telah berpindah ke sekolah lain.
Inilah wajah-wajah yang bakal saya akan didik dan ajar bagaimana untuk Menulis, Membaca dan Mengira.

Seramai 10 orang saja wajah murid dari kelas 2A5 yang dapat saya paparkan di sini kerana dua orang murid lagi tidak hadir.

Sabtu, 23 Januari 2010

BERITA YANG MELEGAKAN KITA?

Saya mendengar khabar dari kawan-kawan yang mengatakan bahawa elaun COLA akan dimansuhkan pada MAC ini, sementara elaun perumahan akan DIPOTONG SEPARUH. Hati saya berbelah bahagi sama ada nak percaya atau tidak sebab kalau tidak percaya yang berkata itu sudahpun bergelar Haji atau Hajjah. Dari mana mereka dapat berita ini saya pun tidak tahu. Adakah berita ini adalah satu PROPAGANDA pihak tertentu? Saya tidak pasti. Yang pastinya, tunggu pada bulan MAC nanti, kalau betul berita ini maka tidak adalah COLA dan dapat SEPARUHLAH elaun perumahan kita.

Tetapi hati saya LEGA bila membaca petikan berita daripada sebuah blog. Sama ada anda percaya atau tidak, terpulanglah.

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam. MSTAR


January 22, 2010 9:30 PM

GELAGAT MURID PROGRAM GOTONG ROYONG HARI SABTU

Hari ini, walaupun hari Sabtu namun persekolahan seperti biasa kerana untuk menggantikan hari Rabu sempena Tahun Baru Cina. Sekolah mengadakan satu program pada hari ini iaitu PROGRAM GOTONG ROYONG.
Pada sebelah paginya setelah loceng dibunyikan, murid beratur untuk ke tempat perhimpunan di Dataran Perhimpunan. Penolong Kanan KO memberi taklimat mengenai program gotong royong kepada murid-murid.


Murid-murid dipecahkan kepada kumpulan masing-masing mengikut kelas. Ada kumpulan murid yang membersih padang, musalla, tandas, kantin, bilik darjah masing-masing, makmal komputer, bilik PSS dan persekitaran kelas.

Berikut, gambar-gambar berkenaan gelagat murid pada program ini :









Terima kasih kepada murid-murid kita yang setulus hati membersihkan kawasan persekitaran sekolah pada hari ini.


Yang mengusik hati saya, dalam ramai-ramai murid yang membuat kerja gotong-royong tetapi ada seorang murid lelaki yang menangis tersedu-sedu. Entah mengapa dia menangis saya tidak pasti kerana bila ditanya dia tidak menjawab. Mujurlah Cikgu Rosli segera memujuknya dan membawa murid ini bertemu bapanya.


Cuba teka anak siapakah yang menangis ini?

Rabu, 20 Januari 2010

BERSYUKURLAH DI ATAS KESELAMATAN NEGARA KITA




Saya membaca akhbar Berita Harian  hari ini mengenai berita mangsa GEMPA BUMI  yang mencecah kematian sehingga 75,000 orang manakala yang cedera mencecah kepada 25,000 orang di Haiti. Terdetik di hati saya, alangkah bertuahnya berada di MALAYSIA yang dianugerahi ALLAH dengan kesejahteraan dan keamanan, bebas dari BENCANA ALAM yang berat-berat.










SYUKURLAH, negara kita SELAMAT dari malapetaka yang berat ini.

TAMBAHAN BERITA  (28.01.2010):

Kalau sudah ditakdirkan hidup, terperangkap dalam bangunan yang runtuh pun masih bernyawa lagi.

PANJANG UMUR: Remaja perempuan Haiti, Darlene Etienne diusung anggota penyelamat Perancis untuk dikejarkan ke hospital, awal pagi ini. Beliau ditemui masih hidup selepas selama 15 hari terperangkap di bawah runtuhan bangunan akibat gempa bumi yang melanda bandaraya itu.

Selasa, 19 Januari 2010

TAKLIMAT PENGURUSAN PEMULIHAN 2010

Petang tadi lebih kurang jam 2.30 petang, saya menghadiri taklimat mengenai pengurusan pemulihan 2010 di Dewan Baru PPD Kota Bharu. Dalam sesi taklimat ini, ramai kawan yang lama tak jumpa, dapat berjumpa dan bertegur sapa. Begitu ceria sekali nampaknya guru-guru pemulihan pada tahun ini. Saya juga berjumpa dengan seorang rakan dari SK. Kemumin yang menggantikan guru pemulihan di sana. Katanya dia tidak berminat dengan guru pemulihan tapi GB suruh datang juga, apa boleh buat. Saya menerangkan kepadanya, mengajar pemulihan tidak sepayah yang disangkakan. Saya pun begitu dulu, tidak berapa suka dengan kelas pemulihan. Tapi bila kita sudah mengenalinya dan merasainya, pasti ada keseronokan dan keistimewaanya. Saya berharap dia akan terus jadi sebagai guru pemulihan.


Tn. Hj. Amanah, Pengawai PPD Unit Pemulihan dan Sektor Swasta telah memberikan taklimat kepada kami. Beliau begitu bersahaja memberi taklimat tentang pengurusan pemulihan dan pelbagai bahan mengenai pemulihan telah diberikan kepada kami. Beliau meminta kami menghantar maklumat-maklumat mengenai murid pemulihan sebagaimana borang data yang diberikan dan mesti dihantar ke PPD pada akhir bulan ini.

CENDERAHATI DARI MEKAH

Hari ini agaknya rezeki saya murah. Hari ini juga saya anggap bertuah kerana menerima rezeki dari Mekah. Saya menerima cenderahati dari seorang kawan yang baru balik dari Mekah. Air Zam-zam, Tasbih, Minyak Attar dan Sarung kaki adalah bermakna bagi saya. Walaupun tidak dapat pergi ke Mekah, boleh rasa barang Mekah pun jadilah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang memberinya. Semoga pemberian itu diberkatiNya. Izinkan saya paparkan sebagai kenangan.

WAJAH ANAK DIDIKKU DARI KELAS 3A5

Setelah selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, saya berkesempatan mengambil gambar anak-anak didik saya dari kelas 3A5. Seramai 10 orang murid dari kelas 3A5 telah menjadi anak didik saya. Sayang sekali seorang tidak hadir pada hari ini. Walaubagaimanapun saya paparkan 9 orang murid yang hadir pada hari ini.

Daripada 13 orang murid yang dicalonkan oleh guru kelas, 3 orang murid telah ditarik balik kerana telah melepasi tahap ujian saringan yang telah dilaksanakan. Tinggal 10 orang untuk dipulihkan bagi murid Tahun 3.

TAMBAHAN :
Murid yang tidak datang pada hari tersebut adalah gambarnya seperti di bawah :

KENANGAN BERSAMA KAWAN BARU BALIK DARI MEKAH

Saya menghadiri mesyuarat kurikulum kali kedua tengah hari tadi. Selain dari bermesyuarat, pada ketika inilah dapat kita ambil kesempatan untuk bertemu muka dengan rakan-rakan sesekolah. Walaupun sebumbung dalam satu sekolah, almaklum sajalah kawasan sekolah kami luas, kadang-kadang hendak berjumpa sekali sehari pun agak susah. Lagipun bilik pemulihan saya agak jauh dari bilik guru, apa lagi dengan makmal komputer.
Pada mesyuarat ini saya dapat bertemu dengan seorang kawan yang baru balik dari Mekah. Semasa dia hendak ke Mekah dahulu, saya tidak berkesempatan bertemu dengannya dan saya amat gembira apabila bertemu dengannya pada kali ini, tambah-tambah lagi beliau baru saja balik dari Tanah Suci. Begitu ceria wajahnya, maklum sajalah, baru balik dari menunaikan ibadat haji. Saya sempat mengambil gambar bersamanya sabagai kenangan. Alhamdulillah, beliau telahpun menunaikan rukun Islam yang kelima tetapi bila pula sampai masanya untuk saya?

Isnin, 18 Januari 2010

DATANG LEWAT KE SEKOLAH

Hari ini saya memerhatikan lagi gelagat murid kita ke sekolah. Masih lagi ada segelintir yang masih lewat datang. Loceng dibunyikan pada pukul 7.35 pagi namun ada yang baru tiba. Seperti biasa pengawas mencatat murid yang datang lewat dan diperhatikan oleh guru disiplin. Murid yang lewat adalah kerana ibu atau bapa mereka yang menghantar mereka. .

Sebagai jalan penuyelesaiannya, diharapkan para ibu bapa dapat menghantar anak mereka lebih awal sedikit iaitu seboleh-bolehnya sampai 5 minit sebelum loceng masuk dibunyikan. Dengan kerjasama ibu bapa kemungkinan masalah ini dapat diselesaikan.

Rabu, 13 Januari 2010

DATA SMM TAHUN 1


Sekarang ini guru-guru Tahun 1 sedang menyiapkan data SMM kelas masing-masing untuk dihantar ke PPD. Kepada guru-guru Tahun 1 saya ucapkan selamat menjalankan tugas, semoga tugas kita diberkati.



Saya sebagai penyelaras data SMM terpaksa menyediakan tempat dan komputer untuk guru memasukkan data SMM. Kelas pemulihan dijadikan tempat untuk kerja ini.

Kepada guru-guru kelas tahun 2 hingga 6, anda bernasib baik kerana saya mengambil tugas anda buat sementara waktu tetapi suatu masa nanti anda juga akan diberi peluang untuk mengisi maklumat murid kelas anda pada data SMM.

Ahad, 10 Januari 2010

TERTUNAI SUDAH HARAPAN ANAK

Saya gembira pada hari ini kerana dapat menunaikan harapan anak saya untuk menghantarkannya ke UNISEL. Saya mengambil beberapa keping gambar sekadar untuk kenangan.

Inilah pintu masuk ke UNISEL.


Inilah keluarga saya yang sana-sama menghantar anak saya.


Anak saya di  hari pendaftaran


Inilah dewan UNISEL semasa anak saya mendaftar.


Bergambar semasa berada di bilik asrama.


Kegembiraan dikongsi bersama

Jumaat, 8 Januari 2010

MENYEMPURNAKAN HARAPAN ANAK

Pada hari ini saya berada di Syah Alam selangor. Tujuan saya berada di sini adalah untuk menyempurnakan harapan anak sulung saya supaya  menghantarnya ke UNISEL di kampus Bestari Jaya. Beliau akan melapor diri ke universiti tersebut pada pagi hari Sabtu. Beliau mengambil kursus Diploma Pendidikan Pra Sekolah. Saya datang awal sedikit untuk menghilangkan penat jika sekiranya tidak cukup rehat.
Saya sempat berkunjung ke Sunway Piramid dan berpeluang mengambil gambar di sana.




Saya, isteri, anak sulung dan anak bongsu.

Rabu, 6 Januari 2010

LUBANG MAUT



INILAH LUBANG MAUT yang menyebabkan kematian suami Cikgu Rohani malam tadi. Lubang ini terletak di perjalanan hendak pergi ke kampung Kayu Rendang iaitu dekat dengan kampung saya.
Pada mulanya saya amat terkejut mendengar berita ini. Tidak pernah dengar pun suami cikgu Rohani sakit tapi pagi tadi terdengar dari cerita cikgu Nik Yakil yang mengatakan suami cikgu Rohani meninggal dunia. Katanya suami cikgu Rohani terlanggar lubang ketika menaiki motosikal malam tadi lalu jatuh dan kepalanya luka parah.
Pada petang tadi saya dan isteri pergi melawat ke rumah cikgu Rohani. Ternyata diwajahnya menampakkan kesedihan kerana maklum sajalah suaminya mati secara mengejut. ALFATIHAH diucapkan padanya dan semoga cikgu Rohani sabar dalam menempuh musibah ini.

Selasa, 5 Januari 2010

GELAGAT MURID KITA

Pagi tadi saya memerhatikan gelagat anak didik kita datang ke sekolah. Masih ada lagi segelintir daripada murid kita yang masih lagi datang lewat. Saya tidak menyalahkan murid kerana dikalangan murid yang lewat ada sesetengahnya ibu bapa yang hantar. Murid tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya ibu bapa mereka lewat menghantar ke sekolah.
Saya sempat mengambil gambar dari jauh meihat keadaan mereka.

Pengawas sedang mencatat nama murid yang lewat. Kereta yang kelihatan itu adalah kereta ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah.


Guru Disiplin En. Ainuddin sedang memerhatikan pengawas mencatat murid yang lewat datang ke sekolah. Diharapkan sindrom datang lewat ke sekolah tidak lagi berulang.

BERMULANYA KELAS PEMULIHAN

Seramai 13 orang murid yang dicalonkan oleh guru kelas 3A5 mula menjejakkan kaki ke kelas pemulihan. Murid dibekalkan dengan soalan ujian saringan. Tujuan saya berbuat demikian untuk memilih dan menentukan calon yang layak untuk dipulihkan. Soalan ujian saringan ini ada yang bertulis dan ada yang lisan. Agak memakan masa sedikit untuk menghabiskan soalan lisan kerana murid perlu dipanggil seorang demi seorang untuk diuji.



Inilah wajah murid yang bakal menduduki kelas pemulihan saya. Daripada 13 orang murid yang dicalonkan  ke kelas pemulihan dari kelas 3A5, hanya 2 orang sahaja perempuan.

TUGAS SAMPINGAN

Ketika menyiapkan jadual waktu kelas pemulihan, satu deringan telefon berbunyi lantas saya angkat. Guru Besar meminta saya mengambil gambar kelas yang lantainya rosak. Katanya beliau ingin melaporkan kepada PPD atau JPN untuk dibaiki.
Lantas saya meninggalkan kerja saya seketika dan bergegas ke kelas 5A3 untuk mengambil gambar lantai yang rosak.
Berikut, inilah gambar yang dapat saya ambil.



Lantai yang rosak ini adalah disebabkan struktur binaan yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Pihak kontraktor ingin untung banyak dengan tidak mengambil kira kesempurnaan binaan.

Isnin, 4 Januari 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2010

Sesi persekolahan 2010 bermula pada hari Ahad 03 Januari. Sekolah memulakan sesi dengan mengadakan perhimpunan kali pertama di Dataran Perhimpunan. Cikgu Ainudin selaku guru yang bertugas di perhimpunan tersebut memberi pesanan kepada murid-murid supaya mematuhi peraturan-peraturan sekolah. Antara peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi ialah datang awal ke sekolah, menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
Inilah gambar-gambar yang sempat aku ambil sebagai kenangan di perhimpunan kali pertama.


Cikgu Ainudin sedang memberi ucapan kepada murid-murid.



Murid-murid begitu tenang mendengar ucapan daripada Cikgu Ainudin.



Sementara aku berada di belakang memerhatikan keadaan murid dan suasana perhimpunan pada hari itu.



Antara barisan guru perempuan yang berada di perhimpunan pada hari itu.

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MALAYSIA...di sini lahirnya sebuah cinta