EDITOR

Foto saya
Assalamualaikum..! Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor. Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik. Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama. Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan. Salam hormat dari saya.

Selasa, 27 Oktober 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PEMULIHAN KHAS BIL. 1/2009

Pada tanggal 25 Oktober 2009, kira-kira  jam 3.00 petang, saya mendapat panggilan telefon daripada cc sekolah yang menyatakan bahawa dia menerima faks daripada JPN yang meyatakan saya dikehendaki hadir untuk berkursus pada 26 Oktober 2009 hingga 29 Oktober 2009 di Duta Villa Beach Resort, Kuantan. Saya diminta menunggu bas di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu bersebelahan dengan padang hoki pada jam 7.30 pagi pada 26 Oktober 2009.

Pada keesokan harinya saya cepat bangun daripada biasa kerana ingin segera sampai ke tempat menunggu bas sebagaimana dalam surat yang difakskan. Setelah menunggu dengan agak lama di tempat menunggu bas, saya diberitahu oleh En. Yahya , Penyelia Pelajaran Pemulihan Khas, JPN Kelantan bahawa tempat menunggu bas berpindah ke bersebelahan gelanggang tenis dan bas akan bertolak pada pukul 9.30 pagi. Katanya, ini adalah kesilapan teknik.

Berasa frust juga saya di atas perubahan masa dan tempat menunggu bas itu. Dahlah beritahu kursus secara mendadak, masa dan tempat bertolak pun tidak berapa tepat.

Kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi dengan 2 buah bas persiaran. Setelah 6 jam perjalanan kami sampai lebih kurang pukul 4.10 petang.

Saya menginap di bilik bernombor 2078 bersama kawan dari SK. Kem Desa Pahlawan. Setelah selesai membuat pendaftaran bilik, saya dan kawan pergi bersiar-siar di pantai bersebelahan dengan tempat kami menginap untuk menghilangkan penat semasa menaiki bas dalam perjalanan tadi.

Saya dan kawan sempat mengambil gambar.




Hari kedua  27.10.2009
Taklimat daripada Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan, En. Mohamad Ilmee b. Mohamad Zin.
Beliau menjelaskan hala tuju kelas Pemulihan Khas dan peranan guru-guru pemulihan khas.




Peserta-peserta kursus sedang asyik mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Mohamad Ilmee.

Penceramah yang pertama ialahPn Nik Norhafizah bt. Hj Kob membincangkan tentang tajuk ciri-ciri kanak-kanak pemulihan khas dan peranan guru pemulihan khas.


Ceramah yang kedua disampaikan oleh Pn. Norazleena bt. Wahap membincangkan tentang tajuk Pengurusan bilik darjah dan fail.



Penceramah yang ketiga ialah En. Mohd Najib b. Mohd Lajin menyampaikan ceramahnya mengenai Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu.


Hari ke tiga 28.10.2009 :
Penceramah yang pertama ialah Tn. Hj. Othman b. Mamat membincangkan tentang Ujian dan Penilaian.


Penceramah yang kedua ialah En. Mohd Azman b Mohd Yusoff membincangkan tentang tajuk pengajaran dan pembelajaran matematik.


Sesi ketiga ialah sesi dialog antara Guru Pemulihan dengan Unit Pendidikan Khas JPN. Sesi ini dijawab oleh En. Muhamad Ilmee dan Pegawai Unit Pemulihan  Khas PPD Pasir Puteh.




Antara peserta kursus yang mengambil bahagian dalam sesi dialog.


Acara tambahan :
Untuk menenangkan fikiran daripada boring berkursus penganjur telah menyewa bas untuk kami bersiar-siar di bandar Kuantan.

Kami sempat mengambil gambar detik-detik berada di Megamall Kuantan.
Inilah sebahagian gambar yang kami ambil.



Reaksi semasa mula-mula masuk pintu Megamall Kuantan.


Reaksi semasa menunggu kawan-kawan setelah meronda sambil membeli belah di Megamall Kuantan.

Setelah pulang dari meronda-ronda bandar Kuantan, kami terus makan BBQ di dewan makan Duta Villa Resort.



Hari keempat 29.10.2009 :

sesi rumusan JU.



Acara Perasmian Penutup.


Ucapan pengerusi majlis


Ucapan En. Mohamad Ilmee b. Mohamad Zin


Ucapan En. Che Daud b. Harun.


Bertolak pulang.
Lebih kurang pukul 12.10 tengah hari kami bertolak pulang.


Inilah bas yang kami naiki.

Kepada semua peserta kursus saya mengucapkan selamat berkursus dan semoga apa yang dikursuskan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan nanti. Jumpa lagi!

4 ulasan:

Al Quds Travel berkata...

PROMOSI MUSLIM TOUR
“Maghi Pakat Gi Jale”
Tel: 609-747 9999

TIANJIN-BEIJING
6DAYS 5NIGHT
HARGA DARI RM340

Al Quds Travel berkata...

PROMOSI MUSLIM TOUR
“Maghi Pakat Gi Jale”
Tel: 609-747 9999

TIANJIN-BEIJING
6DAYS 5NIGHT
HARGA DARI RM340

Tanpa Nama berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Unknown berkata...

salam cikgu...sy juga guru pemulihan khas...saje singgah melawat blog cikgu

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MALAYSIA...di sini lahirnya sebuah cinta