EDITOR

Foto saya
Assalamualaikum..! Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor. Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik. Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama. Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan. Salam hormat dari saya.

Ahad, 28 Februari 2010

GEMPA BUMI DI CHILE

LEBUH raya berhampiran Santiago runtuh menyebabkan kenderaan terhumban akibat gempa bumi yang melanda Chile, semalam. - Foto AP

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA ONLINE


POLIS dan penduduk mengangkat mangsa gempa bumi di Chile, semalam.

PENDUDUK setempat melihat bangunan yang musnah dan terbelah dua selepas kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegarkan bahagian selatan, tengah Chile, awal pagi semalam. - Foto AP



SANTIAGO: Gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter, menggegar bahagian selatan dan tengah Chile awal pagi semalam, menyebabkan setakat malam tadi 122 orang terbunuh, manakala ratusan lagi cedera dan bilangan itu dijangka meningkat.

Gempa bumi terbabit mencetuskan tsunami dan amaran dikeluarkan bagi Ecuador, Colombia, Panama, Costa Rica, Hawai dan Antartika.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

BEBERAPA buah kenderaan rosak teruk apabila ditimpa runtuhan bangunan selepas gegaran melanda seluruh Chile awal pagi semalam.
SUMBER : KOSMO ONLINE

*********************************


SYUKUR... NEGARA KITA MASIH LAGI DILINDUNGI ALLAH DARIPADA BENCANA INI.

Khamis, 25 Februari 2010

ALHAMDULILLAH, PERMOHONAN PJJ SAYA BERJAYA

Pada jam 08:41 pagi tadi saya menerima panggilan telefon daripada kawan saya. Beliau mengucapkan tahniah kepada saya kerana permohonan Program Jarak Jauh USM sidang akademik 2010/2011 berjaya. Selepas bercakap dengannya saya terus ke laman web usm/kemasukan dan mendapati kata-kata kawan saya itu benar.
Jika dia terbaca blog saya ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepadanya itu kerana dialah yang pertama sekali mendorong saya supaya memohon kursus ini.

Rabu, 24 Februari 2010

MUDAHNYA GADIS KITA DI BAWA ORANG???

Bella yang kembali ke tanah air semalam selepas tujuh bulan dilaporkan dilarikan ke Lombok, Jawa Tengah, Indonesia. Dia yang kini mengandung lima bulan, tidak dapat menahan sebak sebaik disambut bapanya, Yunan Mat Ayat, 77, yang membesarkannya sejak sembilan tahun lalu selepas kematian ibunya. Pertemuan penuh emosi itu turut disertai kakak Bella, Faridah, 50.

APA NAK JADI DENGAN GADIS MALAYSIA SEKARANG?

Sabtu, 20 Februari 2010

SEKITAR DI MAJLIS KESYUKURAN HARI PERKAHWINAN ADIK ANGKAT

Muzik silat dijemput untuk memeriahkan suasana majlis persandingan.
Mentua saya (PakDo Dollah Kayu Rendang) dan Jusoh Kelewang memulakan persembahan silat pada hari tersebut.
Pengantin sedang memerhatikan silat yang dipersembahkan.


Bentuk cenderahati yang diberikan kepada para tetamu yang hadir.
Dalam sibuk-sibuk melayan tetamu yang hadir, sempat juga bergambar kenangan bersama pengantin.

FOTO PERSANDINGAN

Khamis, 11 Februari 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN DI RUMAH SAYA

Pada 13 Februari 2010 ini, saya akan mengadakan majlis kesyukuran sempena hari perkahwinan adik angkat isteri saya.
Sebenarnya mentua saya telah memelihara cucu saudaranya sejak kecil lagi (dilahirkan sampai kini). Oleh kerana mentua saya sudah uzur dan tinggal di rumah saya, maka sayalah yang terpaksa menguruskan hal perkahwinan anak angkatnya. Saya menjadikan ianya seolah-olah adik saya sendiri. Justeru itu maka saya akan menguruskan hal-hal perkahwinannya.
Kepada semua yang telah saya jemput, silalah datang ke rumah saya pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan iaitu :
13 Februari 2010 dari jam 12.00 tengah hari sampai 6.00 petang.
Kepada rakan-rakan yang tidak terjemput oleh saya, mungkin kerana jauh atau terlupa, silalah datang juga. Mohon kemaafan dari saya kalau tidak terjemput kerana bukanlah sengaja.

MENGAPA KITA SEKEJAM INI?

Saya amat terharu dan sedih bila menatap akhbar hari ini. Sangat pilu dan sebak melihat gambar mayat bayi yang mati dibuang di hadapan masjid di Melaka.
SEORANG jemaah Masjid Permatang Duyung, melihat bungkusan kain putih berisi mayat bayi perempuan di pintu pagar masjid tersebut di Melaka, hari ini. Mayat bayi yang masih bertali pusat dengan kesan gigitan semut di seluruh badan itu ditemui selepas solat subuh itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. - Foto Bernama
BUANG BAYI yang tidak berdosa ini adalah BERDOSA BESAR. Hukumnya seperti membunuh manusia yang tidak berdosa. Perbuatan seperti ini lebih ZALIM daripada orang JAHILIAH dulu.
Tidak takutkah kita melakukan dosa yang amat besar ini?????

Rabu, 10 Februari 2010

KURSUS LINUS BAGI GURU PEMULIHAN PPD KOTA BHARU

Semalam saya menghadiri kursus strategik pengajaran dan pembelajaran literasi dan numerasi (LINUS) guru pemulihan khas PPD Kota Bharu tahun 2010.
Saya mengucapkan terima kasih kepada kawan saya iaitu cikgu Salmah yang menelefon saya apabila saya tidak ada di tempat kursus. Sebenarnya saya terlupa, kalau tidak masakan saya tiada di tempat yang saya sepatutnya berada. Saya terus pergi ke tempat kursus setelah menerima panggilan telefon itu. Kalaulah kawan saya tidak telefon, mungkin saya terlepas dari kursus itu.
Pada hari kursus guru pemulihan telah dibekalkan sekeping CD yang mengandungi bahan-bahan seperti rancangan pengajaran, pengurusan bilik darjah dan fail, modul numerasi tahun 1, ujian diagnostik dan lain-lain lagi.

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MALAYSIA...di sini lahirnya sebuah cinta