EDITOR

Foto saya
Assalamualaikum..! Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor. Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik. Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama. Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan. Salam hormat dari saya.

Rabu, 30 September 2009

RIBUT 3.30 PETANG MELAYANGKAN ATAP ANJUNG PIBG


Tinggal kenangan...., anjung PIBG yang masih gagah sebelum di bawa ribut. Anjung inilah tempat murid berteduh sambil menunggu ibu bapa menjemput pulang.

Atap anjung PIBG yang dibawa ribut. Atap ini dibawa melayang lebih dari 60 meter dari tempat asalnya.

Serpihan atap anjung PIBG yang dibawa ribut.

Lagi serpihan atap yang dibawa ribut. Ribut yang hanya 10 minit boleh memusnahkan binaan yang memakan masa seminggu.

Bukan kuasa kita. Anjung PIBG kini hanya tinggal tiang. Atapnya diangkat oleh ribut.

Ribut yang melanda kawasan Melor pada hari ini le lebih kurang pada jam 3.30 petang membawa musibah kepada SK. Sri Melor. Ribut yang datang bersama-sama hujan menerbangkan atap Anjung PIBG yang baru saja dibina pada tahun lepas. Anjung yang menelan belanja hampir RM22,000.00 itu dengan sekelip mata hilang dari pandangan. Dalam kejadian ini bukan saja atap anjung PIBG melayang tetapi atap-atap bangunan yang lain juga terkena tempiasnya. Pendek kata semua atap bangunan terlibat dan mengalami kebocoran.


Menjadi kenangan...., anjung PIBG yang sudah tinggal tiang sahaja.

Isnin, 28 September 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah


Pn. Suria sebagai juruacara majlis.

Ustaz Kamaruzaman membaca doa.

PKKO En. Omar b. Rajab membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Kelantan.

PK1 Tn. Hj. Zakaria b. Mat membaca perutusan Menteri Pelajaran.

Guru Besar En. Ismail b. Ibrahim membaca perutusan Yang Dipertuan Agong.


Nyanyian beramai-ramai lagu-lagu patriotik murid-murid bersama guru-guru.

Pertandingan mewarna poster.

Pada 13 September 2009 sekolah mengadakan hari kemerdekaan peringkat sekolah. Majlis ini dijalankan secara sederhana sahaja kerana memandangkan ianya berlangsung dalam bulan ramadhan. Majlis diisi dengan ucapan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran dan Yang Dipertuan Agong serta pertandingan mewarna.

Isnin, 14 September 2009

Majlis restu Ilmu murid Tahun Enam


ucapan pengacara majlis oleh Pn. Suria
Bacaan doa oleh Ustaz Kamaruzaman
Ucapan daripada GB En. Ismail b. Ibrahim
Ucapan daripada Pn. Hjh. Faizah Ketua Panitia Bahasa Melayu
Ucapan daripada Pn. Nor Aswad Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Ucapan daripada Pn. Hjh. Che Gayah Ketua Panitia Mathematics
Ucapan daripada Pn. Aniza Ketua Panitia Science
Guru berbaris bersedia memberi restu ilmu kepada murid-murid.
Murid lelaki memohon restu ilmu daripada guru-guru.
Murid perempuan memohon restu daripada guru-guru.
Majlis ini diadakan di dataran perhimpunan semasa perhimpunan hari Ahad 06 september 2009 sempena dengan kehadiran peperiksaan UPSR pada 08 hingga 10 September 2009. Semoga restu guru-guru memberi keberkatan kepada murid-murid menggunakan pengetahuan yang diberi untuk menghadapi UPSR nanti.

Sabtu, 5 September 2009

PADAHNYA MAIN MERCUN!

SAKIT ... Pelajar tingkatan dua SMK Bukit Sawa Marang, Wan Amirul Faiz Wan Abdullah menahan kesakitan akibat beberapa tulang jarinya hancur dan patah akibat daripada membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam sebuah botol minyak gamat. - UTUSAN
Adik-adik,
Janganlah bermain mercun kerana mercun hanyalah membazirkan wang kita dan jangan sekali-kali membuat mercun sendiri kerana ia lebih bahaya dari mercun yang dibeli. Duit yang diberi oleh ibu bapa kita hendaklah disimpan untuk kegunaan masa akan datang apabila memerlukan. Itu lebih baik dari berbelanja tanpa faedah seperti membei mercun. Lihatlah pada gambar di atas, seorang pelajar cedera pada bahagian tulang jarinya akibat bermain mercun buatan sendiri. Oleh yang demikian elaklah daripada bermain mercun atau mendekati orang yang bermain mercun kerana bermain mercun boleh membahayakan diri. Silap-silap haribulan beraya di hospital kita nanti.
MUKA Mohd Zulkifli melecur akibat terkena letupan meriam tanah buatan sendiri ketika bermain bersama rakan di Kampung Cherang Batang, Jertih, Terengganu, petang kelmarin (06.09.2009).-BERITA HARIAN

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MALAYSIA...di sini lahirnya sebuah cinta