
Adik Zulkarnain b. Mat Salleh (6A2) menerima sijil penyertaan daripada PK. KO Pn. Hjh. Zaini bt. Awang kerana menghadiri Kursus Perdana Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia yang diadakan di Pantai Perkasa Bachok pada 11-13 Jun lepas. Seramai enam orang peserta yang menghadiri kursus ini dan diiringi oleh guru penasihat En. Suhaimi b. Ismail.

Adik Nur Farahanen bt. Hj. Faisal Shukri (6A1) menerima sijil penyertaan daripada PK. HEM Pn. Hjh. Rusnah bt. Abdullah kerana menghadiri kursus Pemantapan Bahasa Melayu Puteri Islam Daerah Kota Bharu di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Kota Bharu.

Adik Maisarah bt. Nurul Azdi (6A1) menerima pingat dan sijil daripada PK. HEM Pn. Hjh. Rusnah bt. Abdullah kerana menghadiri Majlis Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kesihatan Kota Bharu 2009 yang diadakan pada 18 Jun lepas di SMK. Kampung Chengal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan