
En. Masrof, Pn. Rossaedah dan Ustazah Azizah sedang menyediakan nasi goreng untuk murid-murid. En. Masrof sebagai ketua chef masakan merupakan pakar memasak dan amat prihatin dengan makanan murid-murid. Kalaulah tidak ada cikgu masrof maka sukarlah guru-guru lain menentukan menu masakan.

Pn. Aniza pula pakar dalam membakar ayam. Kalau tak ada beliau pada malam tersebut maka tak habislah ayam dibakar. Ayam yang dibakarnya amat sedap sehingga siapa yang memakan akan tersenyum puas! Lihatlah foto di bawah.

Cikgu-cikgu ni pula tersenyum puas kerana dapat menghabiskan ayam yang dibakar! Kalau tak ada mereka maka tak habislah ayam pada malam tersebut. Kalau tak habis, kan membazir tu!

Ceramah motivasi bukan saja berkesan kepada murid-murid malah guru-guru turut sama merasa tempiasnya.

En. Wan Abdullah dan En. Mohd Shukran membuat post istimewa setelah mengadili pertandingan bola sepak dan bola tampar bagi murid-murid lelaki.