Saya mengucapkan terima kasih kepada kawan saya iaitu cikgu Salmah yang menelefon saya apabila saya tidak ada di tempat kursus. Sebenarnya saya terlupa, kalau tidak masakan saya tiada di tempat yang saya sepatutnya berada. Saya terus pergi ke tempat kursus setelah menerima panggilan telefon itu. Kalaulah kawan saya tidak telefon, mungkin saya terlepas dari kursus itu.
Pada hari kursus guru pemulihan telah dibekalkan sekeping CD yang mengandungi bahan-bahan seperti rancangan pengajaran, pengurusan bilik darjah dan fail, modul numerasi tahun 1, ujian diagnostik dan lain-lain lagi.
1 ulasan:
salam..saya tertarik ngan blog cikgu ni..sy pn guru pemulihan khas tp masih lg baru..saya rasa tertarik bila mambaca blog nih..diharap cikgu dapat berkongsi input dalam mempertingkatkan usaha utk memulihkan murid2 yang 'istimewa ni'.sekian...
Catat Ulasan