Pada 13 Februari 2010 ini, saya akan mengadakan majlis kesyukuran sempena hari perkahwinan adik angkat isteri saya.
Sebenarnya mentua saya telah memelihara cucu saudaranya sejak kecil lagi (dilahirkan sampai kini). Oleh kerana mentua saya sudah uzur dan tinggal di rumah saya, maka sayalah yang terpaksa menguruskan hal perkahwinan anak angkatnya. Saya menjadikan ianya seolah-olah adik saya sendiri. Justeru itu maka saya akan menguruskan hal-hal perkahwinannya.
Kepada semua yang telah saya jemput, silalah datang ke rumah saya pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan iaitu :
13 Februari 2010 dari jam 12.00 tengah hari sampai 6.00 petang.
Kepada rakan-rakan yang tidak terjemput oleh saya, mungkin kerana jauh atau terlupa, silalah datang juga. Mohon kemaafan dari saya kalau tidak terjemput kerana bukanlah sengaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan