En. Asri, sebagai setiausaha mesyuarat, tulis apa saja yang disebut oleh Guru Besar.
Guru perempuan... mendengar ucapan daripada Guru Besar.
Guru Besar... memerhati kepada catatan, dan mendengar laporan daripada PK 1.
PK 1... membaca laporan pihak nazir kepada guru-guru untuk panduan pengajaran dan pembelajaran.
Mesyuarat Guru Kali Ke-4 telah diadakan pada 11.04.2009 di Bilik Gerakan.
Butiran ringkas mesyuarat :
1. Guru Besar memberitahu tentang mesyuarat AJK PIBG perlu diadakan pada 13.04.2009.
2. Akan menjemput ibu bapa murid Tahun 5 dan 6 untuk membincangkan tentang program modal insan.
3. PK. 1 menerangkan laporan pihak nazir yang telah memantau sekolah pada bulan lepas. Buku rekod mengajar hendaklah dihantar setiap hujung minggu (khamis) dan tandakan pada buku rekod hantar. Tidak menulis rekod mengajar adalah satu kesalahan dan boleh disecaj sebanyak RM500.00.
4. Pn. Saniah menerangkan tentang masalah garaj yang tidak mencukupi sedangkan guru telah membayar RM100.00 seorang. Buat masa ini GB meminta guru bertenang dan sekiranya ada badget garaj akan disediakan. Buat masa ini garaj tidak dimililiki mana-mana guru. Guru yang datang awal boleh masuk garaj yang kosong.
5. LDP ke-2 akan diadakan pada 25.04.2009 IPGM di Kota Bharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan