Pada tanggal 25 Oktober 2009, kira-kira jam 3.00 petang, saya mendapat panggilan telefon daripada cc sekolah yang menyatakan bahawa dia menerima faks daripada JPN yang meyatakan saya dikehendaki hadir untuk berkursus pada 26 Oktober 2009 hingga 29 Oktober 2009 di Duta Villa Beach Resort, Kuantan. Saya diminta menunggu bas di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu bersebelahan dengan padang hoki pada jam 7.30 pagi pada 26 Oktober 2009.
Pada keesokan harinya saya cepat bangun daripada biasa kerana ingin segera sampai ke tempat menunggu bas sebagaimana dalam surat yang difakskan. Setelah menunggu dengan agak lama di tempat menunggu bas, saya diberitahu oleh En. Yahya , Penyelia Pelajaran Pemulihan Khas, JPN Kelantan bahawa tempat menunggu bas berpindah ke bersebelahan gelanggang tenis dan bas akan bertolak pada pukul 9.30 pagi. Katanya, ini adalah kesilapan teknik.
Berasa frust juga saya di atas perubahan masa dan tempat menunggu bas itu. Dahlah beritahu kursus secara mendadak, masa dan tempat bertolak pun tidak berapa tepat.
Kami bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi dengan 2 buah bas persiaran. Setelah 6 jam perjalanan kami sampai lebih kurang pukul 4.10 petang.
Saya menginap di bilik bernombor 2078 bersama kawan dari SK. Kem Desa Pahlawan. Setelah selesai membuat pendaftaran bilik, saya dan kawan pergi bersiar-siar di pantai bersebelahan dengan tempat kami menginap untuk menghilangkan penat semasa menaiki bas dalam perjalanan tadi.
Saya dan kawan sempat mengambil gambar.
Hari kedua 27.10.2009
Taklimat daripada Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan, En. Mohamad Ilmee b. Mohamad Zin.
Beliau menjelaskan hala tuju kelas Pemulihan Khas dan peranan guru-guru pemulihan khas.
Peserta-peserta kursus sedang asyik mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Mohamad Ilmee.
Penceramah yang pertama ialahPn Nik Norhafizah bt. Hj Kob membincangkan tentang tajuk ciri-ciri kanak-kanak pemulihan khas dan peranan guru pemulihan khas.
Ceramah yang kedua disampaikan oleh Pn. Norazleena bt. Wahap membincangkan tentang tajuk Pengurusan bilik darjah dan fail.
Penceramah yang ketiga ialah En. Mohd Najib b. Mohd Lajin menyampaikan ceramahnya mengenai Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu.
Hari ke tiga 28.10.2009 :
Penceramah yang pertama ialah Tn. Hj. Othman b. Mamat membincangkan tentang Ujian dan Penilaian.
Penceramah yang kedua ialah En. Mohd Azman b Mohd Yusoff membincangkan tentang tajuk pengajaran dan pembelajaran matematik.
Antara peserta kursus yang mengambil bahagian dalam sesi dialog.
Acara tambahan :
Untuk menenangkan fikiran daripada boring berkursus penganjur telah menyewa bas untuk kami bersiar-siar di bandar Kuantan.
Kami sempat mengambil gambar detik-detik berada di Megamall Kuantan.
Inilah sebahagian gambar yang kami ambil.
Reaksi semasa mula-mula masuk pintu Megamall Kuantan.
Reaksi semasa menunggu kawan-kawan setelah meronda sambil membeli belah di Megamall Kuantan.
Setelah pulang dari meronda-ronda bandar Kuantan, kami terus makan BBQ di dewan makan Duta Villa Resort.
Hari keempat 29.10.2009 :
sesi rumusan JU.
Acara Perasmian Penutup.
Ucapan pengerusi majlis
Ucapan En. Mohamad Ilmee b. Mohamad Zin
Ucapan En. Che Daud b. Harun.
Bertolak pulang.
Lebih kurang pukul 12.10 tengah hari kami bertolak pulang.
Inilah bas yang kami naiki.
Kepada semua peserta kursus saya mengucapkan selamat berkursus dan semoga apa yang dikursuskan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan nanti. Jumpa lagi!