Tinggal kenangan...., anjung PIBG yang masih gagah sebelum di bawa ribut. Anjung inilah tempat murid berteduh sambil menunggu ibu bapa menjemput pulang.
Atap anjung PIBG yang dibawa ribut. Atap ini dibawa melayang lebih dari 60 meter dari tempat asalnya.
Serpihan atap anjung PIBG yang dibawa ribut.
Lagi serpihan atap yang dibawa ribut. Ribut yang hanya 10 minit boleh memusnahkan binaan yang memakan masa seminggu.
Bukan kuasa kita. Anjung PIBG kini hanya tinggal tiang. Atapnya diangkat oleh ribut.
Ribut yang melanda kawasan Melor pada hari ini le lebih kurang pada jam 3.30 petang membawa musibah kepada SK. Sri Melor. Ribut yang datang bersama-sama hujan menerbangkan atap Anjung PIBG yang baru saja dibina pada tahun lepas. Anjung yang menelan belanja hampir RM22,000.00 itu dengan sekelip mata hilang dari pandangan. Dalam kejadian ini bukan saja atap anjung PIBG melayang tetapi atap-atap bangunan yang lain juga terkena tempiasnya. Pendek kata semua atap bangunan terlibat dan mengalami kebocoran.
Menjadi kenangan...., anjung PIBG yang sudah tinggal tiang sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan