Saya juga terus ke tempat kemalangan itu untuk melihat perkara yang sebenarnya berlaku.
Berikut inilah yang sempat saya ambil gambar dengan kamera telefon saya.
Kereta kancil yang dibawa oleh anak PK 1 mungkin terbabas dan bergesel dengan Pajero Tropper menyebabkan Pajero Tropper mengelak dan terbabas menlanggar pokok kelapa.
Kemalangan ini berlaku di kampung Padang Raja dekat simpang kilang bata Bumi, jalan Melor Ketereh.
Semasa saya sampai di tempat kejadian semua pemandu kenderaan yang terlibat sudah dibawa ke klinik. Saya tidak dapat pastikan tahap kecederaan mereka cuma saya terdengar dan difahamkan pemandu pajero lebih teruk cedera daripada pemandu kancil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan