EDITOR

Foto saya
Assalamualaikum..! Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor. Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik. Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama. Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan. Salam hormat dari saya.

Ahad, 25 Julai 2010

JUARA RAKYAT DAN MAJLIS PENYAMPAIAN KWAPM 2010


Program Juara Rakyat Mukim Padang Raja dan Melor, DUN Melor, Parlimen Ketereh dan Majlis Penyampaian KWAPM 2010 untuk SK. Sri Melor dan SK. Melor diadakan di SK. Sri Melor pada 24 Julai 2010.
Seramai 344 orang murid dari SK. Sri Melor dan 196 orang murid dari SK. Melor menerima bantuan KWAPM pada tahun ini.
Berikut ialah acara di dalam dewan, majlis penyampaian KWAPM.
Kaunter pendaftaran SK. Sri Melor.

Kaunter pendaftaran SK. Melor

Ibu bapa penerima KWAPM.

Ceramah Motivasi.

Penyampaian KWAPM oleh En. Zawawi b. Othman, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Manakala acara di luar dewan pula ialah :




Pertunjukan silat cantik.









Pameran dan Jualan :










Pemeriksaan kesihatan percuma :
oleh kakitangan HUSM Kubang Krian, Kota Bharu.




Pemberian basikal kepada pelajar miskin :





































































Cabutan nombor bertuah :

























Cenderahati kepada perasmi :
Disampaikan oleh En. Abd Aziz b. Sulaiman, Pengerusi Program Juara Rakyat, Mukim Padang Raja dan Melor.



Ahad, 4 Julai 2010

MERENTAS DESA 2010

Pada 25 April yang lalu SK. Sri Melor telah mengadakan pertandingan merentas desa. Pertandingan ini merupakan satu aktiviti ko-kurikulum yang diadakan setiap tahun. Sebelum acara pertandingan sebenar dilaksanakan, latihan awal telah dilaksanakan iaitu pada 7 dan 21 april 2010.
Bertempat di Kg. Hutan Buloh dan di Padang SK. Sri Melor pada tarikh 25 April tepat jam 7.45 pagi pertandingan ini telah berlangsung. Antara aktiviti tambahan yang diadakan pada hari tersebut ialah acara Senamrobik untuk murid-murid tahap 1 yang tidak mengambil bahagian dalam acara merentas desa. Hanya murid tahap 2 sahaja terlibat dengan acara merentas desa. Semua murid tahap 2 mengikut rumah sukan masing-masing terlibat dalam acara ini. Rumah-rumah sukan yang mereka wakili ialah Kuning, Hijau. Biru dan Merah.
Objektif pertandingan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada aktiviti luar sekolah dan mengeratkan ikatan silaturahim antara pelajar dan guru. Selain itu guru-guru dapat melibat kebolehan murid dalam segi larian dan tahan lasak.

Foto sekitar hari merentas desa :
Guru besar En. Ismail b. Ibrahim melepas peserta....










PK Ko En. Omar b. Rajab juga melepaskan peserta...










Cikgu Yap dan Cikgu Che Norma sedang memberi kad check point kepada peserta....


Ustazah Hanan Fitriah mencatat murid yang mendapat no 1 hingga 20 setiap kategori yang menang.

PK HEM Pn. Hjh. Rusnah bt. Abdullah telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.....

Rabu, 14 April 2010

Majlis Program Pendidikan Pencegahan Dadah 2010

Majlis Perasmian Program Pecegahan Dadah telah diadakan di SK Sri Melor pagi tadi. Majlis tersebut di hadiri oleh tuan guru besar En. Ismail b. Ibrahim, Penolong Kanan 1 Tn. hj. Zakaria b. Mat, Penolong Kanan HEM Pn. Hjh. Rusnah bt. Abdullah, guru-guru serta murid-murid Tahap 2.
Pengacara majlis ini ialah En Rozman.
2 orang pegawai polis dari daerah Kota Bharu yang dijemput dan Ceramah anti dadah disampaikan oleh ASP Chamlong /l Choi dari cawangan khas IPDKB.

Selasa, 13 April 2010

Apalah dosa anak ini?


Melihat anak ini.....

jiwaku menangis
betapa sayunya hatiku....
dan tanpa disedari
air mataku bergelinangan...
terfikir dibenakku
manusia apakah ini?
rela membunuh zuriatnya...
sedangkan binatang
menjaga anaknya.
apakah ia
tiada pegangan agama?
tidak tahu dosa pahala?
apakah ia
telah membuat dosa
lantas terus membuat dosa...
tidakah dia takut akan tuhannya?
akan balasannya nanti....
dunia selamat tapi
akhirat belum tentu.

oh tuhan...
peliharalah generasiku
dari perbuatan terkutuk ini
jauhilah aku
dari perbuatan keji ini.



aduhai insan...
kasihanlah bayi ini....
apakah dosa bayi ini?


Nota : Bayi ini dijumpai di dalam tong sampah di Kg. Sungai Choh, Rawang, Selangor.

Khamis, 8 April 2010

LATIHAN MERENTAS DESA 2010

Pelan Laluan Merentas Desa


Merentas Desa Peringkat Sekolah akan diadakan sedikit masa lagi. Latihan kali pertama merentas desa telah dibuat semalam pada jam 5.00 petang. Tujuannya adalah untuk memudahkan murid mengetahui jalan yang harus dilalui pada hari merentas desa sebenar. Semua murid Tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) terlibat dengan latihan ini. Keempat-empat rumah sukan (Biru, Hijau. Merah, Kuning) terlibat dengan latihan tersebut. Latihan dilepaskan oleh Cikgu Mokhjamil.

Khamis, 4 Mac 2010

SAYA BUKAN LAGI SETIAUSAHA PIBG

Selepas daripada Mesyuarat  Agung PIBG kali ke-34, saya menyuarakan kepada Guru Besar supaya jawatan saya digantikan dengan cikgu lain kerana saya mendapat tawaran PJJ.
Guru Besar bersetuju dengan permohonan saya itu.
Pagi tadi Guru Besar menelefon saya mangatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan saya dan
cikgu Asri Hussin mengenai jawatan Setiausaha PIBG.
Saya bersama cikgu Asri datang mengadap Guru Besar sebagaimana yang diminta.
GB menerangkan kepada cikgu Asri bahawa tugas saya sebagai Guru Pemulihan amat berat dan  untuk meringankan beban tugas saya, jawatan S/U PIBG patut diberikan kepada orang lain.
Cikgu Asri terpilih untuk mengisi jawatan itu.
Cikgu Asri memahaminya dan menerima jawatan tersebut.
GB  meminta saya menyerahkan tugas saya kepada cikgu Asri.  Saya menyerahkan fail-fail yang berkaitan dengan PIBG kepada cikgu Asri.

Terima kasih kepada cikgu Asri kerana sudi menerima jawatan ini.

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57

31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
MALAYSIA...di sini lahirnya sebuah cinta