Assalamualaikum..!
Terima kasih kerana sudi melayari laman blog Pemulihan SK. Sri Melor.
Kewujudan laman blog ini adalah di atas kesedaran bahawa membimbing dan mendidik murid yang 'istimewa' ini adalah satu kewajipan bagi seorang pendidik.
Selain daripada itu, laman blog ini juga akan memaparkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekolah ini, atau mungkin juga apa yang berlaku di negara ini atau luar negara, atau mungkin juga apa yang berlaku pada diri saya yang saya rasa ianya penting untuk dikongsi bersama.
Semoga laman blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada murid-murid, ibu bapa, dan guru-guru serta orang perseorangan.
Salam hormat dari saya.
Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).
DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS
Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.
OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS
Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.
MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS
Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.
PENGUMUMAN RASMI!!
-
Salam sejahtera, Semoga anda yang mengunjungi laman ini sentiasa berada
dalam keadaan sihat dan ceria. Semoga apa jua yang anda lakukan pada hari
ini akan ...
PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU
-
*PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU*
PEMBERSIHAN PERALATAN TENUSU
•PENGENALAN:
Aktiviti pembersihan merupakan aktiviti penting di dalam setiap operasi
yang m...
1. Mohd Aiman Baihaqi 2. Mohd Nur Hakim 3. Mohd Ikmal Danial 4. Nor Jauna 5. Mohd Zakirul Firdaus 6. Nur Syafiqah 7. Nur Shabila 8. Nurfatin Atiqah 9. Mohd Azamuddin
Tahun 2009
1. Nur Anis 2. Norsyamimi Athirah 3. Noramisya
Pengikut
31 OGOS 2014...ULANGTAHUN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57
Tiada ulasan:
Catat Ulasan