Kem cakna UPSR 2014 telah dijalankan pada 13 Ogos 2014 hingga 03 September.
Kem ini berlangsung selama 3 minggu.
Selain guru tahun 6, semua guru lain juga terlibat dalam program ini.
Saya sebagai guru pemulihan juga terlibat dalam program ini. Saya ditugaskan sebagai pemudahcara kepada murid-murid dalam sesi aktiviti kumpulan yang dijalankan setiap hari pada pukul 4.00 hingga 7.00 malam.
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugasan.
Tugasan dipantau oleh seorang guru yang dilantik sebagai pemudahcara.
Agenda program ini setiap hari ialah:
1.30 ptg hingga 3.00 ptg : Kelas sambung.
3.00 ptg hingga 4.00 ptg : Makan dan rehatkan diri.
4.00 ptg hingga 5.30 ptg : Aktiviti kumpulan
5.30 ptg hingga 7.00 malam : Riadah, Makan dan persiapan diri
7.00 ptg hingga 8.00 malam : Solat serta kuliah maghrib.
8.00 malam hingga 10 malam : Kelas malam.