Pada 19.02.2011 bersamaan hari Sabtu, SKSM telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Pada hari tersebut semua murid dan guru berpakaian baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Murid juga diminta membawa pinggan dan gelas untuk memudahkan makan dan minum pada hari tersebut.
Seekor lembu jantan sederhana besar yang berharga RM1700.00 telah dikorbankan dan tambahan daging sebanyak 20 kilogram (RM300.00) untuk mencukupi jamuan pada hari tersebut. Guru-guru bertungkus-lumus menyediakan makanan termasuk memasak nasi dan menggulai lembu. Alhamdulillah semua acara berjalan dengan lancar dan sempurna.
Pada sebelah pagi murid diminta berhimpun di dataran perhimpunan dan mendengar penerangan mengenai sambutan maulidur rasul daripada PK1 Tn. Hj. Zakaria b. Mat.
Selepas mendengar taklimat daripada PK1, murid diminta berbaris untuk berarak dan berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w.
Selepas berarak dan bersalawat murid dihimpunkan ke dalam dewan untuk aktiviti pertandingan persembahan murid.
Sementara aktiviti di dalam dewan berjalan, guru-guru yang bertugas menyiapkan makanan sibuk dengan tugas masing-masing.
Aktiviti di dalam dewan : Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Kamaruzaman Awang (Guru J-Qaf)
3 kawah gulai lembu telah disiapkan untuk santapan murid dan guru serta kakitangan sekolah.
Mengakhiri majlis, kami bersama bersalawat beramai-ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan