Majlis ini diadakan pada hari Isnin 20 September 2010 iaitu sehari menjelangnya UPSR 2010. Majlis diserikan dengan ucapan Tuan Guru Besar, Penolong Kanan 1, Ketua-Ketua Panitia (BM, BI, MT dan SC). Murid diminta beratur dan bersalam dengan semua guru SK Sri Melor. Setiap murid disuap pulut kuning sebagai simbolik tanda memberi restu segala ilmu yang dicurahkan diredai dan dipergunakan dalam UPSR nanti. Murid juga diberikan pemadam dan pensil percuma oleh kedai sekolah sebagai persiapan untuk menghadapi UPSR. Semoga apa yang dicitakan akan tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan