Guru Besar bersetuju dengan permohonan saya itu.
Pagi tadi Guru Besar menelefon saya mangatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan saya dan
cikgu Asri Hussin mengenai jawatan Setiausaha PIBG.
Saya bersama cikgu Asri datang mengadap Guru Besar sebagaimana yang diminta.
GB menerangkan kepada cikgu Asri bahawa tugas saya sebagai Guru Pemulihan amat berat dan untuk meringankan beban tugas saya, jawatan S/U PIBG patut diberikan kepada orang lain.
Cikgu Asri terpilih untuk mengisi jawatan itu.
Cikgu Asri memahaminya dan menerima jawatan tersebut.
GB meminta saya menyerahkan tugas saya kepada cikgu Asri. Saya menyerahkan fail-fail yang berkaitan dengan PIBG kepada cikgu Asri.
Terima kasih kepada cikgu Asri kerana sudi menerima jawatan ini.
1 ulasan:
t/kasih juga kpd guru besar yg memahami masalah yg dihadapi
Catat Ulasan