Selamat Datang ........ Welcome!

Mulai tahun 2010...
Saya membuat sedikit perubahan dalam penulisan blog ini. Blog ini memaparkan serba sedikit mengenai hal ehwal di sekolah ini dari sudut dan diari seorang guru pemulihan khas. Saya juga mungkin akan menyelitkan sedikit aktiviti peribadi saya untuk kenangan buat diri saya. Apa yang ditulis di sini adalah sekadar memanjangkan maklumat yang saya ketahui untuk dikongsi bersama. Kadang-kadang maklumat yang ditulis di sini berdasarkan idea, pendapat dan perasaan saya dan mungkin tidak bertepatan dengan perasaan orang lain. Apa-apa yang dicatat di sini sekiranya boleh mengganggu perasaan orang lain, adalah di luar tanggungjawab saya dan saya tidak memaksa orang lain menerima cetusan idea daripada saya.

Khamis, 20 Ogos 2009

PELAJAR IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, KUALA LUMPUR

Muhamad Rosli b. Meli. seorang pelajar dari IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pemulihan Bahasa Melayu/Matematik/B. Inggeris) hadir ke sekolah ini dalam aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dari 16 Ogos hingga 20 Ogos 2009 yang bertujuan menimba pendedahan dalam kontek sebenar alam persekolahan. Peluang ini diambil oleh pelajar ini untuk mencari pengalaman dan pendedahan tentang budaya sekolah, pembelajaran murid, menganalisis tingkah laku murid serta berkomunikasi dengan murid, guru, pentadbir dan komuniti sekolah.
Selamat datang dan selamat menimba ilmu yang terdapat di sekolah ini dan semoga menjadi seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang.

Rabu, 19 Ogos 2009

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - SEMASA MAKAN

Satu menu yang cukup berselera pada tengah hari itu.

Kalau iapun, janganlah berebut-rebut. Ambil secukup selera.

Tak kan bihun goreng saja! Ops... itu baru sarapan pagi.

Slot yang paling akhir, iaitu menjamu selera. Harap tidak rugi pandu kereta jauh-jauh untuk berkursus.

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - PENCERAMAH JEMPUTAN




Pn. Mas Ayu sebagai penceramah jemputan membincangkan mengenai tajuk Keselamatan dan Ancaman negara dari Majlis Keselamatan Negara Jajahan Jeli.

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - SEMASA KURSUS

Permulaan majlis, doa dari Ustaz Kamaruzaman.

Penerangan dari Guru Besar dalam slot pertama.



Antara yang menghadiri kursus Latihan Dalam Perkhidmatan pada 15 Ogos 2009 di PSPN.

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN - SEMASA MENUNGGU

Takut terkena virus H1N1, sebagai langkah berjaga-jaga Pn. Aniza memakai topeng semasa menghadiri kursus.
Pn. Mazni pun turut sama memakai topeng sebagai langkah awal mengelak dari virus H1N1.


Mana topeng? mungkin masih percaya dengan ketahanan diri sendiri.

Apa yang membuatkan Ustaz Fadhil ketawa tu? Agak-agaknya gambarnya ada dalam blog ini.

Khamis, 13 Ogos 2009

MOHON RESTU ILMU DARI GURU




Pada akhir motivasi murid-murid beratur dan bersalam serta berpelukan dengan guru memohon restu ilmu daripada guru.

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN TAHUN ENAM

Juruacara majlis hari ini ialah Cikgu Rozman.

GB mengambil kesempatan untuk berucap.

Penceramah motivasi En. Che Maliki b. Che Omar, Konselor dari SMK. Tok Uban, Pasir Mas.

Antara murid perempuan yang sedang mendengar ceramah.

Antara murid lelaki yang mendengar ceramah.

13 Ogos 2009 :
Ceramah motivasi untuk murid tahun enam telah diadakan di Dewan SK. Sri Melor. Motivasi yang diadakan adalah motivasi terakhir untuk menghadapi peperiksaan UPSR 2009. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Konselor Cemerlang dari SMK. Tok Uban, Pasir Mas. Ceramah mengingatkan murid bahawa lahirnya insan ke dunia ini adalah hasil pengorbanan ibu bapa dan pengorbanan itu harus di balas dengan usaha yang bersungguh ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Ahad, 9 Ogos 2009

HADIAH UNTUK MURID PEMULIHAN YANG MELEPASI 2M







09 Ogos 2009 :
Hari ini adalah hari yang bersejarah untuk bekas murid pemulihan yang telah dapat membaca. Murid-murid ini diberi hadiah untuk diberi perangsang supaya lebih gigih lagi mempelajari ilmu bacaan. Seramai 11 orang murid menerima hadiah yang disumbangkan oleh PIBG bernilai RM50.00.

Program Rehat Minda Murid Tahun Enam (3)

Masakan pada hari ini sangat menyelerakan. Lihat tu... sampai tinggal pinggan.

Cukup ke sebanyak tu? Kalau tak cukup boleh tambah lagi!

Peserta makan tengah hari. Berselara makan di bawah pokok-pokok yang rimbun.

Lauk ikan goreng kicap yang dimasak. Tengok macam sedap ni!


Nasi yang dimasak. Putih melepak!

Program Rehat Minda Murid Tahun Enam (2)

Ayam yang siap digoreng yang dinamakan Wak Fried Chiken.

Antara guru yang menggoreng ayam.

Antara guru yang bekerja keras menepung ayam yang akan di goreng.

Antara guru dan pasangan yang hadir. Bersantai nampak!

Antara guru yang hadir menikmati juadah yang di bawa.

Program Rehat Minda Murid Tahun Enam (1)

Mengecapi keindahan Lata Belantan di Jertih Terengganu. Airnya jernih, sejuk dan nyaman. Tak puas kalau berendam hanya 1 jam.

Memang betul-betul program ini rehat minda. Mereka beredam sampai sejuk ketar.
Sampai saja peserta terus mandi. Nampak macam itik baru dapat air. Sukanya mereka.

Bas yang dinaiki oleh peserta termasuk guru pengiring.

Sesi taklimat dan pendaftran peserta rehat minda.
o8 Ogos 2009 :
Program Rehat Minda Murid Tahun Enam.
Program ini di adakan di Hutan Rekreasi Lata Belantan Jertih Terengganu.

Khamis, 6 Ogos 2009

Dr USM Buat Pengesanan Untuk Murid Pemulihan





05 Ogos 2009 :

Seramai lapan orang doktor dari USM datang ke sekolah kita untuk mengadakan ujian pengesanan tahap IQ murid pemulihan dan murid-murid dari kelas biasa yang masih lagi lemah dalam pelajaran.
Seramai 20 orang murid berserta ibu/bapa/penjaga yang terlibat dalam program ini. Murid-murid diuji tahap IQ dengan ujian-ujian tertentu yang dilakukan oleh doktor-doktor dari USM. Murid yang mempunyai masalah akan dirujuk ke USM bahagian Pemulihan.

MURIDKU 2013

MURIDKU 2013

MAKLUMAN AWAL MURID PEMULIHAN 2011

Murid Pemulihan Matematik Tahun 2:
Seramai 4 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin

Murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2:
Seramai 9 orang, dari tahun 2A5 iaitu :
1. Nik Irfan Firdaus b. Nik Nashruddin
2. Ahmad Haikal Danial b. Sanusi
3. Muhammad Afzan b. Mohd Zaid
4. Sharif b. Mohd Zainuddin
5. Muhamad Syahir b. Che Mat Rozi
6. Rizal Azreysham b. Fauzi
7. Muhamad Syarif b. Mohd Zainuddin
8. Tuan Atif Irfan b. Tuan Anuar
9. Muhamad Amaludin b. Mohd Razahan

Murid Pemulihan Matematik dan Bahasa Melayu Tahun 3:
Seramai 9 orang, dari tahun 3A5 iaitu :
1. Ahmad Haikal Danial
2. Mohamad Iqbal Haikal
3. Muhamad Aiman Aswad
4. Muhamad Aiman Syafiq
5. Muhamad Zarif Izfan
6. Wan Muhamad Zulhilmi
7. Nornadhirah
8. Siti Nor Ayu

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MURID PEMULIHAN MATEMATIK DAN B MELAYU TAHUN 3 2011

MENGENALI KELAS PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM sejak tahun 60an lagi bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus di dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

DEFINISI PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Satu program yang disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam menguasai kemahiran 3M. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus di ruang yang khusus.

OBJEKTIF KELAS PEMULIHAN KHAS

Setelah mengikuti program ini murid dapat :
(a) Menguasai kemahiran asas 3M.
(b) Meneruskan pembelajaran ke kelas biasa.
(c) Membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran.

MATALAMAT KELAS PEMULIHAN KHAS

Memastikan murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M.

Senarai Blog Pilihan Saya

SENARAI MURID YANG BERJAYA DIPULIHKAN

Tahun 2008

1. Mohd Aiman Baihaqi
2. Mohd Nur Hakim
3. Mohd Ikmal Danial
4. Nor Jauna
5. Mohd Zakirul Firdaus
6. Nur Syafiqah
7. Nur Shabila
8. Nurfatin Atiqah
9. Mohd Azamuddin

Tahun 2009

1. Nur Anis
2. Norsyamimi Athirah
3. Noramisya

Pengikut